Facebook Memperkenalkan Avatars Sebagai Pesaing Kepada Bitmoji

Facebook Memperkenalkan Avatars Sebagai Pesaing Kepada Bitmoji

Diterbitkan pada June 4, 2019 oleh .

Di dunia media sosial menggunakan gambar avatar adalah normal bagi menampilkan personaliti atas talian. Bagi mereka yang rajin wajah sendiri dijadikan avatar. Tetapi penggunaan avatar dua dimensi juga popular kerana dapat menyorokkan wajah sebenar. Facebook telah memperkenalkan Avatars hari ini sebagai pesaing kepada Bitmoji.

Avatars membenarkan pengguna untuk menghasilkan lukisan dua dimensi wajah mereka. Ia kemudian boleh digunakan di dalam aplikasi Messenger dan susur masa Facebook bagi memberikan reaksi dalam bentuk pelekat. Walaupun mempunyai rekaan dua dimensi yang sama, Avatars adalah lebih terperinci dengan pilihan kustomasi yang lebih meluas. Pengguna bebas mengubah warna kulit, busana dan aksesori yang ingin digunakan pada Avatars. Bagi muslimah, terdapat pilihan Avatars menggunakan hijab.

Avatars hanya ditawarkan kepada pengguna di Australia terlebih dahulu. Facebook merancang memberikannya kepada semua pengguna pada penghujung 2019 atau awal 2020.


TIPS & ULASAN