Mi Band 4 Bakal Dilancarkan Pada Minggu Hadapan
Aman
Mi Band merupakan salah satu gelang tangan pintar yang popular dan digunakan ramai seluruh dunia. Salah satu sebabnya adalah disebabkan harga penawarannya yang jauh lebih mudah berbanding pesaing-pesaing lain.

Terkini, Xiaomi dilihat dalam persediaan melancarkan versi terbaru gelang tangan pintar mereka, iaitu Mi Band 4.
Melalui poster yang dikongsikan, Xiaomi memperlihatkan Mi Band 4 bakal dilancarkan pada minggu hadapan, 11 Jun. Mengikut desas-desus awal, ia diperkatakan gelang tangan pintar ini akan hadir dengan panel berwarna, selain mungkin mengintegrasikan sokongan pembantu maya berasaskan suara pada Mi Band.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk melihat sendiri apakah kejutan yang disediakan oleh Xiaomi melalui Mi Band 4 ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.