Carian
Samsung Memulakan Kajian Untuk Rangkaian Generasi Seterusnya – 6G
June 5, 2019 Aman

Rangkaian 5G boleh dikatakan masih baru lagi, dan mungkin mengambil masa beberapa tahun lagi sebelum ia diperkenalkan secara meluas kepada pengguna umum. Walaubagaimanapun, perkara ini tidak menghentikan pembangunan teknologi seterusnya oleh pelbagai syarikat telekomunikasi seluruh dunia.

Terkini, Samsung mengesahkan yang mana mereka telah memperluaskan pasukan kajian dan pembangunan telekomunikasi mereka, sekaligus mulakan pembangunan dan kajian untuk rangkaian generasi seterusnya, iaitu 6G.

Selain pembangunan dan kajian rangkaian 6G, Samsung juga mengatakan Samsung Research baru ini turut akan memfokuskan kajian dalam arena kecerdasan buatan dan juga robotik – dimana kedua-duanya dijangka akan menjadi fokus ramai pihak dalam tahun-tahun akan datang.

Komen