Cari @ Amanz

Pelbagai pembangun web kini telah mula memfokuskan dalam melindungi privasi pengguna dengan lebih menyeluruh, sekaligus menghalang kuki penjejak yang menganggu pengalaman pelayaran web pengguna.

Terbaru, Mozilla hari ini mengumumkan yang mana mereka telah mula menghalang kuki penjejak web melalui pelayar web Firefox mereka. Ciri baru ini telah diaktifkan kepada semua pengguna baru Firefox bermula hari ini, sementara akan diaktifkan untuk pengguna sedia ada secara berperingkat.

Firefox Kuki Penjejak

Melalui penghalangan kuki penjejak ini, ia akan melindungi pengguna daripada dipantau beberapa perkhidmatan web, termasuk berkaitan statistik dan juga pengiklan. Penghalangan ini juga secara tidak langsung akan menjadikan pelayaran web pengguna lebih laju, selain pada masa yang sama memberikan lebih privasi kepada pengguna.

Buat masa ini, Mozilla tidak menghalang semua kuki penjejak, tetapi beberapa yang telah dikenal-pasti terlebih dahulu. Hal ini dilakukan dalam memberikan pengalaman pelayaran web yang baik tanpa menganggu paparan web berkaitan.

Selain Firefox, terdapat beberapa pelayar web lain yang melakukan perkara sama, termasuk Safari daripada Apple.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd