Skype sebelum ini telah menguji fungsi perkongsian skrin pada iOS dan Android dalam bentuk beta terhad, dan hari ini fungsi berkenaan telah mula diperkenalkan kepada semua pengguna seluruh dunia.
Melalui ciri ini, pengguna dengan mudah boleh berkongsi skrin peranti mereka ketika melakukan panggilan video, sekaligus berkongsi dan membincangkan sejumlah perkara dengan lebih mudah berbanding kebiasaan.
Untuk menggunakan ciri ini, anda hendaklah pastikan yang mana peranti anda menggunakan Android 6.0 dan terkini, atau iOS 12 dan terkini.