Anda Boleh Mencuba Mac Pro Di Rumah Menggunakan Fungsi Realiti Terimbuh

Anda Boleh Mencuba Mac Pro Di Rumah Menggunakan Fungsi Realiti Terimbuh

Diterbitkan pada June 6, 2019 oleh .

Mac Pro adalah komputer desktop paling berkuasa pernah dihasilkan olah Apple. Dengan harga jualan bermula dari RM25,000 sebuah, pasti ramai ingin melihat terlebih dahulu sama ada ia boleh dimuatkan di tempat kerja misalnya. Ini dapat anda lakukan sendiri dengan menggunakan teknologi realiti terimbuh pada laman Mac Pro.

Jika anda mempunyai iPhone dan iPad, anda perlu melayari laman produk Mac Pro. Pada laman ini terdapat fungsi “See Mac Pro in AR”. Apabila tambatan ditekan, anda kemudian boleh melihat sendiri model 3D Mac Pro dan memaparkannya secara maya di dunia sebenar. Kedudukan dan saiz Mac Pro boleh diubah oleh pengguna. Terdapat butang kamera yang membolehkan gambar diambil. Jika anda ingin mencubanya sendiri sila ke pautan di bawah. Tiada sokongan untuk peranti Android pada waktu ini.

Cuba Apple Mac Pro di rumah menggunakan realiti terimbuh



TIPS & ULASAN