Asus Tidak Dibenarkan Menggunakan Tanda Dagang ZenFone Di India
Artikel Berkaitan

Asus Tidak Dibenarkan Menggunakan Tanda Dagang ZenFone Di India

Diterbitkan pada June 6, 2019 oleh .

Asus telah mengeluarkan telefon pintar dengan penjenamaan ZenFone sejak 2014. Ini selari dengan penjenamaan produk lain mereka seperti komputer riba ZenBook. Tetapi di India mereka kini tidak lagi boleh menggunakan nama ZenFone pada telefon pintar selepas diarahkan oleh pihak mahkamah.

Arahan diberikan selepas Asus didapati melanggar tanda dagang ‘Zen’ yang digunakan oleh Zen Mobile, sebuah syarikat dari India sejak 2008. Menurut Telecare Network yang memasarkan Zen Mobile kewujudan peranti ZenFone menimbulkan kekeliruan kepada pengguna di India. Asus kini akan kembali ke mahkamah pada 10 Julai bagi melakukan rayuan. Sekiranya gagal mereka terpaksa menggunakan nama lain untuk telefon pintar untuk pasaran India.


TIPS & ULASAN