Netflix Menguji Paparan Garis Masa Seumpama Instagram Pada Aplikasi Mudah-Alih Mereka

Netflix Menguji Paparan Garis Masa Seumpama Instagram Pada Aplikasi Mudah-Alih Mereka

Diterbitkan pada June 6, 2019 oleh .

Netflix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman yang popular dan digunakan ramai dalam menonton filem, siri-TV dan rancangan kegemaran mereka. Menariknya, selain hanya menawarkan akses kepada kandungan berkaitan, Netflix juga sering menguji pelbagai perkara baru dalam memudahkan pengguna menemui kandungan-kandungan baru untuk ditonton.

Sebelum ini, kita telah melihat Netflix memperkenalkan fungsi seumpama “Stories” yang berkongsi sejumlah kandungan baru yang boleh ditonton oleh para pengguna. Kini, selain daripadanya, Netflix turut dilihat menguji fungsi paparan garis masa seumpama Instagram, dinamakan Extras.

Netflix Extras

Menurut Variety, pengguna boleh menatal untuk melihat pelbagai kandungan baru yang boleh ditonton pada perkhidmatan berkenaan – selain mengikuti perkembangan terbaru berkenaan sesuatu rancangan berkenaan.

Buat masa ini, hanya segelintir pengguna sahaja dapat melihat ciri ini, dan tidak mustahil kita melihat ia diperkenalkan secara meluas sekiranya ia menerima reaksi positif daripada pengguna seluruh dunia.


TIPS & ULASAN