Tun M : CEO Baru Di Telekom Malaysia Telah Pun Dilantik

Diterbitkan pada Jun 6, 2019. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pencarian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) untuk Telekom Malaysia telah pun dilakukan sejak daripada tahun lepas, dan sehingga kini, jawatan berkenaan belum diisi secara rasminya. Walaubagaimanapun, kita mungkin akan mendengar siapa yang bakal menjawat jawatan berkenaan tidak lama lagi.

Bercakap mengenainya, Tun Dr Mahathir mengatakan yang mana CEO baru telah pun di lantik untuk menerajui syarikat telekomunikasi berkenaan. Pada masa yang sama, beliau turut mengatakan yang mana CEO baru berkenaan bukanlah pemangku CEO pada hari ini, iaitu Imri Mokhtar.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi berkaitan perlantikkan CEO baru di TM tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami