Cari @ Amanz

Sebelum pulang ke kampung, ada baiknya jika tahap tekanan udara pada tayar diperiksa. Dengan tekanan yang betul, perjalanan akan menjadi lebih selesa dan selamat. Tetapi malang tidak berbau dan kadang kala tayar kenderaan boleh mengalami kebocoran di jalan raya. Kerana masalah ini tayar tanpa angin telah dibangunkan oleh pelbagai pengeluar.

Michelin dan General Motors semalam telah mengumumkan kerjasama untuk menghasilkan untuk kenderaan komersial menjelang 2014. Tayar prototaip UPTIS (Unique Puncture-proof Tire System) ini bukan sahaja mengelakkan masalah kebocoran tetapi mengurangkan penggunaan bahan kerana tidak perlu ditukar dengan kerap berbanding tayar pneumatik semasa.

Michelin telah menunjukkan beberapa prototaip tayar tanpa angin sejak 2005 yang diberi nama Tweel. Penggunaannya pada kenderaan komersial adalah rendah kerana tayar tanpa angin adalah lebih keras membuatkan pemanduan kurang selesa. Ia walau bagaimanapun digunakan pada kenderaan industri di kilang kerana tahan lasak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd