Cari @ Amanz

Trend semasa ialah menggunakan skrin ultra panjang pada peranti dengan bahagian dahi dan dagu yang kecil. Pelbagai penyelesaian digunakan seperti takuk, lubang kamera pada skrin, kamera pop naik dan kamera di bawah skrin. ZTE kini muncul dengan sebuah lagi inovasi iaitu dua lubang skrin untuk kamera.

Rekaan skrin dengan dua lubang kamera telah mereka patenkan. Ia terletak pada paksi tengah peranti. Ini berbeza dengan paten yang difailkan Xiaomi dengan dua lubang skrin pada bucu bertentangan sebelum ini. Ini sebenarnya bukan paten paling aneh pernah difailkan. Terdahulu Vivo mempatenkan sistem dwikamera pop naik dan Xiaomi dengan takuk yang terkeluar dari tubuh peranti.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd