Kemaskini Android Pie HTC U11 Dihentikan Kerana Menyebabkan Peranti Gagal Berfungsi
HTC

Kemaskini Android Pie HTC U11 Dihentikan Kerana Menyebabkan Peranti Gagal Berfungsi

Diterbitkan pada June 6, 2019 oleh .

HTC U11 akhirnya menerima kemas kini ke Android Pie pada minggu lalu bermula di Taiwan. Kemas kini hadir jauh lebih lewat berbanding janji 90 hari yang pernah diberikan oleh HTC sebelum ini. Malang sekali proses penaiktarafan sistem operasi ini akan dihentikan selepas sesetengah pengguna  melaporkan peranti mereka gagal berfungsi selepas melakukan kemas kini.

Pasca kemas kini pengguna tidak boleh menyahkunci peranti. Akibatnya mereka tidak boleh menggunakan peranti. Satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan menghantar peranti ke pusat khidmat pelanggan. Proses baik pulih peranti akan diberikan secara percuma kepada pelanggan. Pihak HTC menjanjikan sebuah kemas kini baharu yang akan mengelakkan kejadian ini dari berulang.


TIPS & ULASAN