Cari @ Amanz

Peranti mampu milik Nokia 2.2 telah dilancarkan di India sebentar tadi. Ia dilengkapi skrin 5.7″ HD+, dijana cip MediaTek Helio A22, memori sehingga 3GB RAM. storan sehingga 32GB, kamera swafoto 5-Megapixel, kamera utama 13-Megapixel dan bateri sebesar 3000 mAh.

Ia menggunakan sistem operasi Android One Pie tetapi Nokia mengesahkan peranti ini akan diberikan kemas kini sistem operasi selama dua tahun dan kemas kini keselamatan selama tiga tahun. Seperti peranti Nokia lain di pasaran, Nokia 2.2 menggunakan pelancar Android Asli dwibutang yang menggunakan navigasi berasaskan gesture.

Tubuh peranti diperbuat daripada bahan polikarbonat yang boleh diganti menerusi sistem Xpress-On Cover. Pada sisi kanan pula sebuah butang khusus untuk melancarkan Google Assistant disertakan. Tiada pengimbas cap jari fizikal disertakan sebaliknya ia hanya menyokong sistem nyahkunci menggunakan wajah. Di India Nokia 2.2 akan dijual pada harga bermula ₹6999 (~RM 420) sebuah,

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd