Cari @ Amanz

Menjadi kebiasaan untuk kita melihat gambar pengolokkan sesuatu peranti hadir ke arena web jauh sebelum pengenalan rasmi peranti berkenaan. Terkini, pihak @onleaks berkongsi gambar pengolokkan terbaru untuk telefon pintar mercu Samsung akan datang, iaitu Samsung Galaxy Note 10.

Samsung Galaxy Note 10

Samsung Galaxy Note 10 dilihat membawakan rekaan lebih bersegi berbanding sebelum ini, dan pada masa yang sama menggunakan rekaan skrin dengan lubang dibahagian tengah – berbeza dengan Galaxy S10 yang berlubang pada bahagian tepi.

Disamping itu, ia turut membawakan penggunaan tri-kamera pada bahagian belakang, dan Samsung dilihat membuang sokongan bicu audio 3.5mm pada peranti ini.

Satu lagi perkara yang mengejutkan ialah Samsung turut dilihat membuang butang fizikal Bixby yang telah hadir pada beberapa peranti mereka sebelum ini.

Samsung Galaxy Note 10

Buat masa ini, ia boleh dikatakan gambar pengolokkan awal untuk Samsung Galaxy Note 10. Memandangkan @onleaks sentiasa berkongsi gambar yang hampir tepat dengan peranti akhir — maka, boleh dikatakan Galaxy Note 10 kelak mungkin akan hadir dengan rekaan lebih kurang seperti ini.

Apa kata anda dengan rekaan pengolokkan yang diperlihatkan ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd