Google Menamatkan Penjualan Tablet Chrome OS Pixel Slate Versi Intel Celeron

Google Menamatkan Penjualan Tablet Chrome OS Pixel Slate Versi Intel Celeron

Diterbitkan pada June 7, 2019 oleh .

Google Pixel Slate adalah sebuah peranti daripada ‘Made by Google’ dalam siri Pixel. Ia adalah sebuah tablet yang menjalankan Chrome OS dan harga jualannya adalah tidak masuk akal, kerana terlampau mahal dan tidak sesuai dengan nisbah harga-ke-prestasi untuk sebuah tablet. Namun, seperti peminat MacBook – masih ada juga peminat peranti-peranti Pixel ini.

Pixel Slate hadir dengan empat variasi, iaitu tablet yang dijana Intel Celeron, Intel m3, Intel i5 dan juga Intel i7. Terkini, Google telah menamatkan penjualan tablet ini dan terus membuangnya dari senarai jualan di laman web Google Store. Google bukan sahaja tamatkan penjualan, malah turut menghentikan menghasilkan Pixel Slate versi Intel Celeron ini. Harga Pixel Slate versi Intel Celeron dijual pada harga bermula $599 (~RM2485) sehingga $699 (~RM2900). Kini dengan harga tersebut Google menjual variasi Intel m3 dan secara tidak langsung tiada lagi Pixel Slate yang berharga $699.

Untuk variasi-variasi lain, Google mengurangkan harga jualan sehingga $200 untuk setiap model. Antara kemungkinan besar Google menghentikan penjualan dan penghasilan Pixel Slate versi Intel Celeron adalah kerana ia tidak menarik perhatian orang ramai dan ramai yang melaporkan prestasi tablet tersebut sangat mengecewakan dan tidak memuaskan. Namun begitu, bagi stok-stok yang masih ada dan pengguna-pengguna Pixel Slate versi ini – Google menjanjikan akan teruskan sahaja sokongan kemaskini.


TIPS & ULASAN