Cari @ Amanz

HTC tidak lagi mengeluarkan banyak peranti setiap tahun di bawah pelan penstrukturan semula syarikat yang sedang mengalami kerugian. Pada 11 Jun hadapan, mereka akan melancarkan sebuah peranti baharu di sebuah acara yang berlangsung di China menerusi imej yang dimuat naik laman Facebook mereka.

Tiada maklumat dikongsi mengenai peranti apakah yang akan dilancarkan pada tarikh tersebut. Namun begitu menerusi beberapa maklumat yang tertiris sebelum ini, ia besar kemungkinan akan menggunakan nama HTC U19e. Peranti dipercayai akan hadir dengan skrin sebesar 6″, dijana cip Snapdragon 710, memori sebesar 6GB RAM dan storan sebesar 128GB. Ini meletakkannya sebagai peranti yang berspesifikasi lebih tinggi berbanding Pixel 3a yang dihasilkan oleh mereka untuk Google.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd