Amazon Memperlihatkan Rekaan Terkini Dron Menghantar Bungkusan Mereka

Amazon Memperlihatkan Rekaan Terkini Dron Menghantar Bungkusan Mereka

Diterbitkan pada June 7, 2019 oleh .

Sebagai antara gedung atas talian yang terbesar di dunia, Amazon perlu menggunakan teknologi terkini bagi mengekalkan kedudukan mereka. Pada tahun 2013 mereka mengumumkan program dron penghantaran bungkusan Prime Air. Beberapa rekaan telah diperlihat sejak itu tetapi ia masih belum ditawarkan kepada pelanggan mereka.

Di acara re:MARS (Machine Learning, Automation, Robotics and Space) yang sedang berlangsung, Amazon memperlihatkan iterasi dron mereka yang seterusnya. Dron ini mempunyai rekaan sayap berbentuk hexagon dengan enam motor elektrik. Rekaan ini membenarkan dron terbang dan mendarat secara menegak sebelum terbang secara mendatar apabila tiba ke ketinggian tertentu.

Setiap dron berkuasa elektrik boleh terbang sejauh 24 kilometer dengan bungkusan seberat 2.3 kilogram. Amazon berharap dron ini akan dapat menghantar bungkusan ke tangan pelanggan dalam masa 30 minit. Mereka berkata dron ini bersedia menghantar bungkusan kepada pelaggan dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN