Asus ROG Phone 2 Mungkin Dilancarkan Sekitar Julai Ini

Asus ROG Phone 2 Mungkin Dilancarkan Sekitar Julai Ini

Diterbitkan pada June 7, 2019 oleh .

Asus sebelum ini telah hadir dengan telefon pintar khusus yang memfokuskan kepada permua, iaitu Asus ROG Phone. Terkini, ia diperkatakan yang mana Asus dalam persediaan untuk melancarkan generasi kedua telefon pintar berkenaan, sekitar bulan Julai kelak.

Asus dilihat akan bekerjasama dengan pihak Tencent dalam pelancaran telefon pintar berkenaan — sekurang-kurangnya di China. Seperti ramai sedia maklum, Tencent mempunyai penawaran sejumlah permua dibawah mereka, termasuk PUBG Mobile dan lain-lain. Dengan pengoptimasian khusus, semestinya pada pengguna akan lebih meminatinya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah ciri-ciri tambahan yang bakal dibawakan oleh peranti berkenaan. Sama-sama kita nantikan sekitar sebulan dua lagi untuk mengetahui lanjut mengenai penawaran terbaru daripada pihak Asus ini.


TIPS & ULASAN