Xiaomi Mi Scooter Ditarik Dari Pasaran Atas Sebab Keselamatan

Xiaomi Mi Scooter Ditarik Dari Pasaran Atas Sebab Keselamatan

Diterbitkan pada June 10, 2019 oleh .

Xiaomi Mi Scooter telah ditawarkan di Malaysia sejak Mac 2018. Skuter elektrik ini popular digunakan di Malaysia sebagai pengangkutan jarak pendek yang mesra alam. Pihak Xiaomi walau bagaimanapun telah mengeluarkan kenyataan menarik penjualannya atas sebab keselamatan.

Mi Electric ScooterApakah masalah tersebut tidak pula diterangkan. Masalah ini hanya dikesan pada 10,257 skuter yang dikeluarkan di antara 27 Oktober hingga 5 Disember 2018. Untuk mengetahui sama ada skuter anda terjejas, sila masukkan nombor siri di sisi skuter pada laman di bawah. Pihak Xiaomi akan menghubungi anda untuk proses baik pulih dalam masa 72 jam.

Sementara menunggu proses baik pulih, pemilik dinasihatkan supaya tidak menggunakan Mi Scooter mereka buat masa ini. Pihak Xiaomi turut meminta maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku disebabkan oleh masalah ini.

Kemas Kini – Pihak Xiaomi mengesahkan Mi Scooter yang dijual secara rasmi oleh mereka di Malaysia tidak terjejas oleh perintah penarikan buat masa ini. Namun begitu jika anda membelinya dari pengedar lain, anda perlu menyemak nombor siri menerusi pautan di bawah sebagai langkah berjaga-jaga.

Laman memeriksa nombor siri Xiaomi Mi Scooter yang terjejas



TIPS & ULASAN