Laman Edagang 11Street Bakal Dijenamakan Semula?

Laman Edagang 11Street Bakal Dijenamakan Semula?

Diterbitkan pada June 10, 2019 oleh .

11Street merupakan salah satu laman e-dagang yang popular di Malaysia. Terkini, kami mendengar beberapa desas-desus mengatakan laman berkenaan bakal dijenamakan semula kepada nama baharu — berkemungkinan seawal minggu hadapan.

Pihak 11Street sendiri telah mula mengacah perubahan baru ini melalui laman sosial mereka. Mengikut beberapa info awal, 11Street dijangka akan dijenamakan semula kepada nama baru Presto Mall. Penyenaraian aplikasi 11Street untuk iPhone juga dilihat telah diubah dan dilabelkan diterbitkan oleh Presto Mall, dan bukannya Celcom Planet seperti sebelum ini.

11Street

Kami telah bertanyakan mengenai perubahan ini kepada pihak 11Street, dan mereka belum mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan dengannya buat masa ini. Kami akan mengemaskini artikel ini sebaik sahaja mendengar daripada pihak 11Street berkenaan dengan penjenamaan semula ini.


TIPS & ULASAN