Ini Adalah Cara Untuk Memindahkan Fail Daripada Peranti iOS Kepada Peranti Galaxy

Ini Adalah Cara Untuk Memindahkan Fail Daripada Peranti iOS Kepada Peranti Galaxy

Diterbitkan pada June 11, 2019 oleh .

iChanged merupakan satu kempen terbaru daripada Samsung yang mana pihak mereka ingin memberi inspirasi kepada orang ramai untuk terus menerokai dunia tanpa sempadan ini dengan teknologi terkini yang semakin canggih.

Dengan peredaran teknologi yang semakin berkembang kini, ia dilihat telah memudahkan lagi perjalanan kehidupan seharian kita. Seiring dengan matlamat kempen iChanged daripada Samsung, dimana peranti pintarnya hadir dengan ciri Smart Switch yang memberi peluang kepada orang ramai untuk terus menerokai dunia teknologi tanpa had dengan apa jua peranti pintar yang anda miliki.

Ciri Smart Switch ini membolehkan anda untuk terus mengakses data dan fail anda di peranti lama walaupun anda telah beralih kepada peranti keluaran Samsung. Sekiranya anda ingin beralih kepada telefon pintar Samsung, anda tidak perlu risau kehilangan data dan gambar gambar anda kerana ciri Smart Switch ini membolehkan anda untuk memindahkan fail-fail daripada telefon pintar anda yang lama dengan mudah.

Jika anda menggunakan telefon pintar dengan sistem operasi Android, proses pemindahan boleh dibuat dengan secara nirwayar dengan mudah. Tetapi, sekiranya anda menggunakan peranti iOS, terdapat dua cara untuk memindahkan data-data daripada telefon pintar yang lama kepada peranti Galaxy.

1. Pemindahan Fail Melalui iCloud

Untuk membuat pemindahan melalui iCloud, anda perlu ke halaman Smart Switch untuk membuat tetapan. Kemudian, anda perlu tekan butang Receive data dan butang Wireless, dan seterusnya pilih sistem operasi untuk telefon pintar anda yang lama, sama ada ia menggunakan Android, iPhone atau Windows.

Tetapi, untuk membuat pemindahan melalui iCloud, anda perlu memilih butang iPhone/iPad. Seterusnya perlu memasukkan Apple ID dan juga kata laluan anda serta pilih butang Sign In untuk membuat sambungan daripada peranti Galaxy anda sekarang kepada peranti iOS anda yang dahulu.

Setelah mendaftar masuk ke iCloud anda hanya perlu memilih fail-fail yang anda ingin pindahkan daripada telefon pintar lama kepada telefon Samsung yang anda gunakan sekarang. Setelah telefon pintar anda selesai membuat pemindahan fail, anda kini boleh mengakses kesemua fail penting anda di telefon pintar yang dahulu.

2. Pemindahan Fail Melalui Sambungan USB

Caranya hampir sama seperti membuat pemindahan fail melalui iCloud, anda hanya perlu ke halaman Smart Switch, pilih butang Receive Data dan juga pilih kaedah sambungan menggunakan wayar. Anda juga perlu memilih sistem operasi telefon pintar anda yang terdahulu, samaada Android, iPhone atau Windows. Tetapi sekiranya anda beralih daripada iPhone kepada Samsung, anda perlu memilih iPhone/iPad.

Anda kemudian perlu menyambungkan peranti iOS anda kepada peranti Galaxy menggunakan wayar Lightning dengan bantuan penyesuai USB, dan tekan butang Trust pada peranti iOS untuk kekal berhubung dengan peranti Galaxy. Anda perlu memilih jenis fail yang anda ingin pindahkan kepada peranti Galaxy dan tunggu sehingga pemindahan fail selesai.


Dengan adanya fungsi Smart Switch yang hadir pada telefon pintar Samsung ini, ia dilihat akan memudahkan lagi proses pemindahan fail sekaligus dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang singkat. Anda juga tidak perlu risau akan kehilangan data dan fail anda daripada telefon pintar yang lama apabila anda ingin beralih kepada peranti Galaxy yang baru.

Kempen iChanged ini berlangsung sehingga 31 Julai ini dan bagi anda yang berminat, anda boleh membuat tukar beli sebarang peranti kepada Galaxy S10 untuk memperolehi sebuah Galaxy Buds bernilai RM499 secara percuma. Bukan itu sahaja, anda juga akan menerima Galaxy Fit-e secara percuma sekiranya membuat pembelian Samsung Galaxy S10.

Layari: Laman Rasmi Samsung Untuk Maklumat Lanjut iChanged

Penafian: Advertorial daripada Samsung Malaysia


TIPS & ULASAN