Pada beberapa minggu yang lalu, terdapat laporan mengatakan bahawa Galaxy Note 10 Pro akan disertakan dengan pengecasan 45W. Namun mengikut info yang dikongsikan baru-baru ini, ia dijangka hanya dengan pengecasan 25W seumpama Galaxy S10 5G.
Ia dijelaskan melalui pembangun Max Weinbach (@mweinbachXDA), yang mana beliau menyangkal bahawa Galaxy Note 10 Pro akan hadir dengan pengecasan 45W. Sebaliknya, peranti ini hanya akan dibekalkan dengan pengecasan yang lebih perlahan iaitu 25W.
According to my source, the Note 10 Pro will only have 25w charging, not the 45w previously leaked. The A90 is getting the 45w charging previously written about.
— Max Weinbach (@mweinbachXDA) June 8, 2019
Namun begitu, beliau turut mengesahkan bahawa pengecasan 45W masih lagi dibangunkan oleh Samsung menerusi model Galaxy A90. Pada tahun ini, siri Samsung Galaxy A (2019) sentiasa menjadi pendahulu kepada pengenalan fungsi baru, seperti pengecasan 25W pada Galaxy A70.
Sekiranya ia benar, Galaxy Note 10 Pro masih dapat menikmati pengecasan yang lebih pantas, namun tidak setanding dengan pesaingnya. Huawei sedia menawarkan pengecasan 40W pada P30 Pro, jadi pengecasan 25W ini agak sedikit ke belakang apabila dibandingkan.