Huawei P20 Lite (2019) Dilancarkan Dengan Skrin Berlubang, 4 Kamera & Kirin 710

Huawei P20 Lite (2019) Dilancarkan Dengan Skrin Berlubang, 4 Kamera & Kirin 710

Diterbitkan pada June 10, 2019 oleh .

Huawei pada sebelum ini telah dikatakan akan hadir dengan telefon kelas pertengahan baru dengan rekaan skrin berlubang. Nampaknya Huawei pada hari ini ia telah pun memperkenalkannya secara rasmi, dengan membawakan penjenamaan Huawei P20 Lite (2019).

Peranti ini telah disenaraikan melalui sebuah laman atas talian di Switzerland, yang mana turut memperlihatkan spesifikasi dan harga jualannya. Ia dilihat membawa paparan skrin berlubang pada saiz 6.4-inci Full HD+, cip Kirin 710, memori 4GB RAM, dan hadir dengan storan 128GB.

Dari segi keupayaan kamera, ia menyertakan sistem 4 kamera utama menerusi perletakkan sensor 16MP + 8MP + 2MP + 2MP. Untuk kegunaan swafoto, Huawei telah melengkapkannya dengan sensor 16MP pada bahagian skrin berlubang peranti ini.

Untuk ketahanan bateri, peranti ini menyertakan kapasiti 4000 mAh dalam membolehkannya bertahan pada jangka masa lebih lebih lama. Walaupun sedang diasak dengan sekatan daripada Amerika Syarikat, peranti ini masih menjalankan Android 9.0 Pie berasaskan EMUI 9.

Huawei P20 Lite (2019) telah dijual di Switzerland pada harga 299 CHF (~RM1,256) dalam pilihan warna hitam, biru, dan merah. Ia mungkin akan dilancarkan sebagai Huawei nova 5i pada beberapa pasaran, namun tidak dapat disahkan setakat ini.


TIPS & ULASAN