Cari @ Amanz

Steam merupakan perisian setempat yang membolehkan anda membeli dan melancarkan sejumlah permainan terus daripadanya. Namun antaramuka perisian ini kelihatan hampir ditelan zaman, dan mungkin akan melalui perubahan antaramuka pada tahun ini.

Antaramuka baru Steam telah diperlihatkan melalui laman Twitter Steam Database, yang mana telah tertiris ketika melakukan kemaskini daripada pelancar CS:GO versi China. Dengan antaramuka yang diperlihatkan, ia membawa sejumlah perubahan besar, yang mana ia kelihatan lebih segar dan moden.

Daripada gambar yang tertiris, ia memperlihatkan paparan library baru dengan paparan gambar yang lebih besar. Ia juga dapat memaparkan permainan yang baru sahaja dimainkan, yang mana turut boleh disusun mengikut jenis permainan kegemaran pengguna.

Pihak Steam dijangka akan memperkenalkan perubahan antaramuka ini pada tahun ini, yang mana mungkin mengambil tempat pada suku ketiga 2019. Dengan antaramuka yang tertiris ini, ia sedikit sebanyak dapat memberi gambaran bagaimana antaramuka Steam ini akan diimplementasikan kepada pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd