AMD ialah sebuah syarikat pembina cip pemprosesan komputer yang terkenal untuk menguasakan banyak konsol-konsol permainan popular seperti Sony PlayStation 4, Xbox One dan juga banyak komputer-komputer desktop diluar sana.
Sebelum ini, Microsoft mengumumkan bahawa konsol ujian generasi akan datang mereka, Project Scarlett dikuasakan oleh cip pemprosesan komputer dan grafik daripada AMD.
Hari ini, sewaktu acara pengumuman AMD Next Horizon Gaming, AMD juga turut mengesahkan bahawa konsol permainan generasi akan datang Sony PlayStation juga akan dikuasakan oleh gabungan cip pemprosesan komputer dan grafik daripada AMD.
Ini bukanlah sesuatu yang baru, akan tetapi AMD turut mengesahkan sedikit butiran mengenai komponen-komponen yang akan digunakan didalam konsol tersebut. Nampaknya gabungan CPU Zen 2 yang digunakan untuk siri CPU AMD Ryzen 3000 dan juga cip pemprosesan grafik Navi yang digunakan dalam kad grafik AMD Radeon 5700.
Sayangnya, buat masa ini masih tiada butiran lanjut yang disahkan mengenai kerjasama ini, terutamanya dari segi kebolehan dan prestasi konsol tersebut.