Waze Menerima Sokongan Google Assistant Secara Terbina

Diterbitkan pada Jun 11, 2019. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Beberapa hari yang lalu pasti ramai di kalangan pembaca Amanz yang terperangkap di atas lebuhraya dalam perjalanan pulang dari kampung halaman. Kami juga yakin ramai mencari jalan alternatif untuk pulang ke kota menggunakan aplikasi seperti Waze. Hari ini Google mengumumkan sokongan Google Assistant secara terbina pada aplikasi navigasi popular ini.

Assistant boleh diakses untuk memberikan arahan suara untuk  melaporkan kesesakan trafik (tanpa menekan butang laporan manual) dan juga memberikan arahan menggunakan laluan tanpa tol. Sokongan Assistant buat masa ini hanya ditawarkan kepada pengguna di Amerika Syarikat yang menggunakan Bahasa Inggeris sahaja terlebih dahulu. Menurut Google dengan ini pengguna masih boleh melihat skrin Waze ketika memandu tanpa perlu keluar semata-mata untuk menggunakan Assistant.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami