Carian
Shazam Untuk Android Kini Boleh Mengecam Lagu Yang Dimainkan Dari Dalam Peranti
June 11, 2019 • Fahim Zahar

Shazam adalah aplikasi pengecaman muzik yang dimiliki oleh Apple sepenuhnya. Aplikasi ini percuma digunakan dan bebas dari iklan. Jika anda tidak menggunakan peranti Pixel, anda tidak dapat menikmati fungsi ‘Now Playing’ yang boleh mengecam muzik di sekeliling anda. Jadi, aplikasi Shazam adalah alternatif untuk fungsi ini.

Jika sebelum ini Shazam hanya boleh mengecam lagu di sekeliling pengguna, terkini ia hadir dengan kemaskini baharu yang boleh mengecam muzik yang dimainkan dari dalam peranti pengguna. Ini bermakna, jika anda memainkan muzik dari Spotify, YouTube atau mana-mana aplikasi dari peranti dan tidak tahu muzik apakah yang dimainkan – Shazam kini boleh mengecam lagu tersebut dan memberikan pengguna informasi penuh berserta lirik. Fungsi ini dinamakan  sebagai ‘Pop-Up Shazam‘ dan jika diaktifkan akan ada ikon Shazam terapung pada skrin peranti untuk menggunakannya.

Atas percubaan tadi, beberapa muzik ikon terapung ini turut akan memaparkan lirik muzik tersebut. Kemudian jika muzik-muzik tempatan yang terbaru, seperti ‘Ikhlas’ yang dinyanyikan oleh Dato’ Siti Nurhaliza – ia akan mengambil masa yang sedikit lebih lama berbanding muzik-muzik dari luar negara. Fungsi ini buat masa ini dilihat terhad untuk pengguna Android sahaja. Tidak pasti jika ia akan hadir kepada pengguna iOS atau tidak.

Komen