Carian
Iklan Yang Menjengkelkan Pada MIUI Akan Dikurangkan Dan Pengguna Boleh Kawal Cara Iklan Dipaparkan
June 11, 2019 Fahim Zahar

Jika anda tertanya kenapa Xiaomi boleh menjual peranti-peranti mereka pada harga murah? Jawapannya mudah, dalam MIUI – iaitu sistem operasi yang dijalankan pada peranti-peranti mereka, Xiaomi telah menyertakan paparan iklan yang menjengkelkan. Jadi melalui iklan ini, Xiaomi boleh menjana pendapatan tambahan.

Pada saya, iklan itu tiada masalah. Yang mendatangkan masalah adalah apabila iklan yang dipaparkan itu menjengkelkan dan tidak senonoh. Lebih mengganggu adalah iklan tersebut turut hadir dalam bentuk notifikasi dan terpapar dalam aplikasi harian yang digunakan seperti aplikasi sekuriti. Terkini, wakil MIUI telah kongsikan di Weibo mengenai isu iklan ini. Berikut adalah apa yang beliau kongsikan;

  • Xiaomi sudah pun mengurangkan paparan iklan pada MIUI sekarang dan iklan akan dikurangkan lagi dalam masa dua bulan.
  • Xiaomi turut menjanjikan yang tiada lagi iklan yang tidak senonoh, lebih-lebih lagi pada bahagian talam notifikasi.
  • Pada aplikasi pelayar web Xiaomi pula, lebih banyak iklan yang akan dikurangkan dalam masa 2-3 bulan.
  • Kesemua iklan akan dimaklumkan kepada pengguna terlebih dahulu dan pengguna akan ada hak mengurangkan iklan dan menutup iklan dengan sendiri.
  • Kelak, dalam tetapan dan beberapa aplikasi MIUI akan ada pilihan menutup iklan yang lebih memudahkan.

Xiaomi menjanjikan yang dalam masa 3 bulan ini, MIUI akan terasa lebih ringan, segar dan mengingatkan pengguna yang MIUI adalah sistem operasi terbaik untuk mereka. Akan tetapi, apa yang dinyatakan di sini adalah untuk MIUI versi China sahaja. Tidak pasti jika apa dikatakan ini turut akan disertakan pada MIUI versi global. Sama-sama kita nantikan.

Komen