Kod Dwi-Faktor Kini Dapat Dipaparkan Pada Apple Watch Yang Menjalankan watchOS 6

Kod Dwi-Faktor Kini Dapat Dipaparkan Pada Apple Watch Yang Menjalankan watchOS 6

Diterbitkan pada June 11, 2019 oleh .

Ada di antara pengguna yang telah mengaktifkan pengesahan dwi-faktor untuk menjadikan akaun lebih selamat. Selepas memasukkan e-mail dan kata laluan, anda diminta untuk memasukkan kod tambahan yang dihantar pada peranti lain.

Dalam memudahkan pengguna mendapatkan kod ketika membuat log masuk ini, Apple bakal membolehkan anda melihatnya terus daripada Apple Watch.

Fungsi ini telah diperlihatkan pada watchOS 6 beta yang sedia dipasang oleh para pembangun. Melaluinya, pengguna kini boleh menggunakan Apple Watch untuk mengesahkan kemasukan akaun anda, dan menerima kod 6 digit untuk meneruskan sesi log masuk.

Fungsi ini sebenarnya telah pun berada pada peranti iOS 9 dan OS X El Capitan ke atas, sekaligus membolehkan anda mendapatkan kod dwi-faktor pada iPhone dan Mac. Dengan penyertaan watchOS 6, pengguna kini dapat mengesahkan kemasukan akaun terus daripada pergelangan tangan.

Apple dijangka akan menawarkan watchOS 6 kepada pengguna pada pertengahan September ini. Ia dapat dinikmati pada model Apple Watch terkini, seperti Apple Watch Series 1 dan ke atas.



TIPS & ULASAN