Cari @ Amanz

Isu Huawei dan Amerika Syarikat (A.S.) masih belum reda lagi. Sejak ia diumumkan sekitar sebulan lepas, pelbagai perkara lanjutan telah berlaku – termasuk beberapa syarikat yang berhenti berurusan dengan pihak Huawei dari segi perkongsian teknologi dan sebagainya.

Terkini Pengarah Pejabat Pengurusan dan BelanjawanRussell T. Vought dilaporkan menghantar surat kepada Naib Presiden A.S. – Mike Pence dan ahli-ahli kongres, meminta untuk sekatan ini ditangguhkan. Menurut Russell, beliau sedar yang sekatan ini amat penting buat keselamatan negara. Namun perkara ini membuatkan banyak agensi risau akan kesan negatif terhadap pihak. Menurut Setiausaha Perbendaharaan A.S. – Steven Mnuchin, Donald Trump mungkin boleh teruskan perdagangan dengan Huawei, jika Huawei boleh berikan jaminan akan tidak ada isu berkaitan hal-hal yang membahayakan keselamatan negara.

Huawei sendiri sebelum ini telah beberapa kali mengatakan yang mana mereka tidak melakukan sebarang pengintipan, selain turut telah memfailkan usul di mahkamah Amerika Syarikat. Melalui permintaan yang dilakukan ini, ia dilaporkan sekatan perdagangan berkenaan ditangguhkan untuk sekurangnya dua tahun – sekaligus membuatkan pelbagai syarikat dan pihak di Amerika lebih bersedia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd