Huawei Nova 5 Bakal Dilancarkan Di China Pada 21 Jun
June 11, 2019
Huawei
Aman
Kita telah mendengar desas-desus berkenaan dengan Nova 5 sejak beberapa minggu lepas, dan terkini melalui video acah yang dikongsikan Huawei di laman sosial Weibo di China, ia disahkan bakal dilancarkan pada 21 Jun 2019 ini.

Huawei dijangka memperkenalkan dua telefon pintar dibawah siri berkenaan, iaitu Huawei Nova 5 dan juga Nova 5i. Ia dijangka hadir dengan rekaan skrin berlubang, selain turut menyertakan sokongan kamera belakang sehingga 4 kamera.
Spesifikasi penuh untuk telefon pintar ini masih tidak diketahui lagi. Kita mungkin mendengar lanjut berkenaan telefon pintar ini pada 21 Jun kelak, dan sama-sama kita lihat bilakah ia akan memasuki pasaran tempatan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.