HMD Global Mengaku Yang Nama-Nama Pada Peranti Nokia Adalah Mengelirukan

HMD Global Mengaku Yang Nama-Nama Pada Peranti Nokia Adalah Mengelirukan

Diterbitkan pada June 11, 2019 oleh .

Pada Mei 2016, iaitu 3 tahun lalu – Nokia telah melesenkan jenama mereka kepada HMD Global. Selain itu, Nokia turut menjadi hak milik kepada HMD Global. Dengan lesen dan hak milik ini, HMD Global telah mengembalikan zaman kegemilangan Nokia melalui banyak telefon pintar dan telefon bimbit yang dilancarkan.

Sehingga hari ini sudah berpuluh-puluh peranti Nokia yang dilancarkan dan disebabkan terlampau banyak telefon pintar dari jenama Nokia, cara pemberian kemaskini menjadi sedikit kacau bilau dan tidak menentu. Menurut Nokia, pekara ini disebabkan apabila mereka mula melancarkan siri ‘Plus’ Nokia. Kemudian, mereka turut melancarkan kemaskini peranti mereka dengan menggunakan nama yang hanya menambah ‘.1’ pada nama model sebelumnya. Contohnya Nokia 7, Nokia 7 Plus dan kemudiannya Nokia 7.1.

Nokia 1 Plus

Mereka sedar dan mengaku yang nama-nama ini adalah mengelirukan. Misalnya, ramai mengharapkan pengganti kepada Nokia 7 Plus adalah Nokia 7.1, namun ia peranti ini mempunyai spesifikasi yang lebih rendah. Mereka kemudiannya baru sedar yang sepatutnya Nokia 8.1 adalah pengganti kepada Nokia 7 Plus dan nama sepatutnya adalah Nokia 8.

Alasan mereka adalah, mereka masih baru lagi dalam bidang telefon pintar. Jadi strategi pemasaran peranti ini masih tidak sehebat syarikat lain. Menurut mereka lagi, kelas di masa hadapan – mereka akan cuba hadir dengan peranti dengan nama yang lebih baik dan tidak mengelirukan.


TIPS & ULASAN