iPhone XR 2 Mungkin Menawarkan Ketahanan Bateri Paling Lama Berbanding Kesemua iPhone

iPhone XR 2 Mungkin Menawarkan Ketahanan Bateri Paling Lama Berbanding Kesemua iPhone

Diterbitkan pada June 11, 2019 oleh .

Apple pada tahun ini dijangka akan menawarkan model kemaskini iPhone XR dengan membawa sejumlah perubahan dari segi spesifikasi. Salah satunya adalah dari segi ketahanan baterinya, yang mana bakal memberi ketahanan bateri lebih lama berbanding iPhone XR sedia ada.

Perkara ini dilaporkan oleh Amperex Technology Ltd dari China iaitu pembekal yang pernah mengeluarkan bateri Galaxy Note. Mereka mengatakan bahawa iPhone XR 2 akan menyertakan bateri 3110 mAh, sekaligus membuatkannya antara iPhone dengan kapasiti bateri terbesar.

Penambahan kapasiti bateri ini membawa peningkatan sebanyak 5%, berbanding kapasiti 2942 mAh pada iPhone XR sedia ada. Dengan penggunaan cip Apple A13 yang direka dengan proses binaan 7nm generasi kedua, ia dijangka dapat memanjangkan lagi jangka hayat bateri iPhone ini.

Pada iPhone XR sedia ada, peranti ini mampu memberi bacaan nyalaan skrin sekitar 7-8 jam untuk penggunaan sepanjang hari. Dengan penambah baikan dari segi kapasiti dan cip pemprosesan, iPhone XR 2 mungkin dapat memberi bacaan bateri yang lebih baik berbanding iPhone XR.

Walau bagaimanapun, laporan ini sekadar ura-ura dan mungkin akan terdapat berbezaan apabila ia dilancarkan kelak. iPhone XR 2 dijangka akan dilancarkan bersama-sama iPhone 2019 yang lain pada bulan September tahun ini.


TIPS & ULASAN