Cari @ Amanz

Huawei nampaknya semakin serius dengan pembangunan sistem operasi mereka tersendiri ArkOS. Kita sudah tahu yang sistem operasi ini tetap akan dilancarkan kepada umum, selepas Huawei mendaftar tanda dagang pada hujung bulan lepas. Yang masih menjadi persoalan adalah, adakah ia menggunakan platform tersendiri atau masih lagi berasaskan Android?

Terkini, Huawei dilaporkan telah mula menjemput para pembangun aplikasi untuk turut menerbit aplikasi mereka ke gedung aplikasi Huawei tersendiri – Huawei AppGallery. Menurut Huawei, sejak dua tahun lepas mereka telah memasarkan lebih 350 Juta peranti dan terdapat lebih 270 Juta pengguna aktif yang menggunakan Huawei AppGallery. Huawei turut meyakinkan para pembangun, yang mana dengan kehadiran aplikasi mereka ke gedung aplikasi Huawei ini – ia akan memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik buat pengguna.

Tambahan lagi, menurut Huawei sehingga hari ini sebanyak 560 Ribu pembangun telah sertai portal pembangunan aplikasi Huawei –  Huawei Developer. Perkara ini secara tidak langsung memberi petanda yang ArkOS kelak akan menyokong lagi aplikasi Android. Cuma tidak pasti adalah, adakah ArkOS sejenis fork Android atau satu sistem operasi baharu yang menyokong aplikasi Android?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd