Amazfit Turut Melancarkan Amazfit Health – Seakan Amazfit Bip Dengan Sokongan ECG

Amazfit Turut Melancarkan Amazfit Health – Seakan Amazfit Bip Dengan Sokongan ECG

Diterbitkan pada June 11, 2019 oleh .

Tadi, Amazfit telah melancarkan jam tangan pintar penuh mereka (bukan sahaja penjejak kesihatan) yang pertama – Amazfit Verge 2. Ia adalah antara yang paling berkuasa dalam keluarga Amazfit setakat ini. Terkini, Amazfit turut melancarkan sebuah lagi peranti boleh pakai – Amazfit Health.

Secara keseluruhan ia kelihatan seakan Amazfit Bip yang lebih berkuasa. Amazfit Health adalah peranti boleh pakai NB-IoT, yang mana boleh boleh melaporkan masalah kesihatan pengguna tanpa Bluetooth ditambat pada peranti (diterima melalui SMS). Amazfit Health turut boleh mempunyai sokongan ECG yang mana data yang boleh disimpan adalah selama 60 minit dan bertahan selama 7 hari. Ia juga menyokong memberi amaran jika pengguna mengalami masalah kesihatan seperti degupan jantung yang lemah, pemantauan PPG, fibrilasi atrium atau turut mampu mengesan jika pengguna terjatuh.

Melalui Amazfit Health, segala perkhidmatan kesihatan adalah berasaskan awan dan pengguna boleh mendapat khidmat nasihat kesihatan secara terus dari atas talian. Ia turut mempunyai perlindungan kalis air 3ATM dan dijana dengan cip Huangshan No.1, yang mana ia adalah cip yang sama hadir pada Verge 2. Untuk skrin, Amazfit Health menggunakan saiz 1.28-inci berwarna, mempunyai kemampuan media sosial terbina pada aplikasi dan kemampuan penjejak kesihatan lain-lain.

Buat masa ini, Amazfit tidak maklumkan bila tarikh ia akan dijual dan harganya. Tetapi apa yang pasti ia adalah terhad untuk pasaran China, kerana perkhidmatan awan yang hadir pada peranti ini. Amazfit Health boleh dikatakan adalah sepasang Amazfit Bip dengan sokongan ECG.


TIPS & ULASAN