Cari @ Amanz

Samsung hari ini telah pun melancarkan sebuah lagi telefon pintar dibawah siri Galaxy M, iaitu Galaxy M40. Buat masa ini, ia hanya dilancarkan di India sahaja, dan mungkin diperkenalkan dibeberapa buah negara lain dalam masa terdekat ini.

Samsung Galaxy M40

Samsung Galaxy M40

Samsung Galaxy M40 hadir dengan skrin 6.30-inci dengan lubang kecil pada penjuru untuk menyertakan kamera swafoto. Samsung menamakan panel ini sebagai panel Infinite-O. Samsung turut menyertakan sokongan teknologi bunyi melalui skrin pada peranti ini.

Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah cip pemprosesan Snapdragon 675, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB.

Untuk rakaman gambar, Samsung menyertakan kamera hadapan 16-megapixel, selain tri-kamera belakang yang mengabungkan penggunaan lensa 32MP + 5MP (depth)+ 8MP (ultra-lebar).

Samsung Galaxy M40

Menjananya juga adalah bateri berkapasiti 3500mAh yang dilengkapi sokongan pengecasan 15W. Pada bahagian belakang peranti ini juga adalah sebuah pengimbas cap jari yang diletakkan dibahagian tengah.

Di India, Galaxy M40 ditawarkan pada harga Rs19,990 iaitu sekitar RM1200. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ia akan dipasarkan di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd