Kamera Fujifilm Instax Mini LiPlay Dilancarkan Dengan Kemampuan Mencetak Gambar Dengan Audio

Kamera Fujifilm Instax Mini LiPlay Dilancarkan Dengan Kemampuan Mencetak Gambar Dengan Audio

Diterbitkan pada June 12, 2019 oleh .

Kamera digital Instax memudahkan proses mencetak gambar menerusi sistem filem segera seakan Polaroid yang digunakan. Model terkini Fujifilm Instax Mini LiPlay baru sahaja dilancarkan yang mampu mencetak gambar yang baru diambil tetapi turut hadir dengan kemampuan mencetak gambar dari telefon pintar lengkap dengan klip audio.

Selepas gambar dirakam, pengguna boleh memilih pilihan beberapa penuras terbina dari skrin sebesar  2.7″ di belakang kamera. Apabila kamera ditambat kepada telefon pintar, gambar boleh dicetak menerusi aplikasi khusus yang dihasilkan. Terdapat butang pada bahagian hadapan yang merakam audio sehingga 10 saat. Audio akan ‘dicetak’ dalam bentuk kod QR pada gambar yang boleh dimainkan apabila diimbas pada telefon pintar.

Kamera Instax Mini LiPlay ini akan dijual bermula 14 Jun pada harga $160 (~RM 665) dengan penawaran warna Stone White, Elegant Black dan Blush Gold.


TIPS & ULASAN