Astro Go Ialah Perkhidmatan Penstriman Video Nombor Satu Negara

Astro Go Ialah Perkhidmatan Penstriman Video Nombor Satu Negara

Diterbitkan pada June 12, 2019 oleh .

Terdapat banyak perkhidmatan penstriman video ditawarkan di Malaysia sejak lima tahun yang lalu. Tetapi kami yakin ramai ingin mengetahui perkhidmatan manakah yang mendapat tempat di hati pengguna tempatan?

Menurut  tinjauan Financial Times Confidential Research, Astro GO ialah platform penstriman video nombor satu negara dengan 2.2 juta pengguna dan memiliki purata tontonan selama 149 minit seminggu. Astro GO  berjaya mendahului beberapa perkhidmatan penstriman video lain seperti Netflix, Google Play, Unifi TV dan iFlix.

Untuk makluman anda, menerusi langganan Astro GO ini anda membolehkan melayari kandungan media tanpa had baik hiburan tempatan mahupun luar negara. Ia merangkumi akses pada kandungan media hiburan negara luar seperti Korea, Hollywood, Bollywood, Jepun, Hong Kong dan China. Malah ia merangkumi keseluruhan perkongsian topik kandungan seperti hiburan, sukan, isu semasa dan gaya hidup.

Apa yang lebih menarik adalah Astro GO merupakan perkhidmatan penstriman video berbayar yang mempunyai penetapan harga langganan paling mahal RM39.95* sebulan. Namun, secara jelas ia masih menjadi pilihan pengguna tempatan. Perihal ini dijangka adalah disebabkan hampir 77% pemilikannya pada pasaran televisyen Malaysia.

Bagi anda yang ingin menikmati penstriman video di Astro Go, anda bolehlah memuat-turun aplikasi tersebut pada peranti pintar Android dan iOS. Atau lebih mudah, anda boleh melayari pada pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

Layari: Astro GO – Perkhidmatan Penstriman Video


TIPS & ULASAN