Carian
Asus VivoBook Ultra K403 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM2699
June 13, 2019 Effi Saharudin

Walaupun kita hidup di dunia pasca PC dan jualan komputer peribadi semakin merosot, ada pelbagai perkara yang masih belum mampu dilakukan dengan selesa pada sebuah telefon pintar. Bagi yang mencari sebuah komputer kerja, Asus VivoBook Ultra K403 telahpun dilancarkan di Malaysia semalam.

Komputer riba ini dilengkapi skrin 14″ HD penuh dengan rekaan NanoEdge yang mempunyai bezel yang amat nipis. Ini dipadankan dengan pilihan cip Intel Core i3-8145U atau i5-8265U, memori sehingga 8GB RAM LPDDR3, memori 512GB PCIe dan bateri sebesar 72Wh. Menurut Asus ini membolehkannya berfungsi sehingga 24 jam dengan sekali caj.,

Terdapat pilihan I/O USB-C, USB-A 2.0, USB 3.1, bicu audio, pembaca kad dan satu HDMI 1.4. Dua pilhan warna Silver Blue dan Petal Pink ditawarkan. Di Malaysia harga jualan Asus VivoBook Ultra K403 ialah RM 2699 untuk model Intel Core i3 dan RM 3399 untuk model Intel Core i5.

Komen