Carian
Huawei Mungkin Akan Melancarkan HongMeng OS Pada Sekitar Oktober 2019
June 13, 2019 Arib Ismail

Selepas daripada sekatan yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat, Huawei dilaporkan sedang menghasilkan sistem operasi mudah-alih baru yang dikenali sebagai “HongMeng OS”. Ia dikatakan akan hadir pada tahun ini juga, dan dijangka akan diperkenalkan pada sekitar bulan Oktober.

Mengikut laporan daripada My Drivers, Huawei dijangka akan memperkenalkan HongMeng OS untuk peranti yang dipasarkan di Eropah dan sejumlah negara membangun. Selain daripada China, Huawei melihat Eropah adalah pasaran yang penting kerana sedia mempunyai jumlah penggunaan peranti Huawei yang ramai.

Pasaran peranti mudah-alih Huawei telah menerima tekanan yang hebat selepas terlibat di dalam perang perdagangan antara A.S dan China. Jualan peranti Huawei telah mengalami perubahan sebanyak 50% selepas sekatan tersebut diumumkan. Apa yang lebih merisaukan, banyak syarikat telekomunikasi di luar negara telah menggantung beberapa jualan peranti Huawei ini.

Dengan pengenalan HongMeng OS, Huawei mungkin dapat mengubah persepsi bahawa peranti mereka tidak akan menerima kemaskini. HongMeng OS dibangunkan di China, jadi ia tidak terkesan sekiranya terdapat sebarang perang perdagangan antara negara yang lain.

Komen