HP Tango X Kini Di Malaysia – Pencetak Pintar Yang Boleh Dikawal Dengan Arahan Suara
HP

HP Tango X Kini Di Malaysia – Pencetak Pintar Yang Boleh Dikawal Dengan Arahan Suara

Diterbitkan pada June 13, 2019 oleh .

Kita biasa lihat atau dengar mengenai peranti-peranti berhubung, yang mana digunakan untuk menjadikan rumah atau pejabat pintar. Antara gajet yang tergolong dalam kategori ini adalah mentol lampu, pembesar suara atau juga paparan pintar. Tetapi bagaimana pula dengan pencetak?

HP sebentar tadi telah melancarkan HP Tango X di Malaysia secara rasmi. Ia adalah sebuah pencetak kompak pintar yang dengan ‘kerangka’ pelindung yang turut berfungsi sebagai talam kertas. Pencetak ini berada dalam kategori peranti berhubung kerana ia tidak memerlukan sebarang driver atau port USB untuk sambungan. Wayar yang diperlukan hanyalah untuk kuasa. Seterusnya, pencetak ini boleh dikawal dengan arahan suara melalui Google Assistant, Alexa atau juga Cortana. Sayang sekali, Siri tidak disokong buat masa ini.

Ini bermakna, segala fungsi pencetak ini adalah di awan. Sebaik sahaja anda pasang dan tetapkan pencetak ini, ia turut boleh dikongsikan bersama-sama rakan dan mereka boleh mencetak apa jua gambar/dokumen tidak kira mereka di mana. Malah jika pencetak anda berada di rumah dan anda berada di luar negara, anda turut boleh menggunakannya – asalkan pencetak tersebut sentiasa hidup dan disambungkan dengan Internet. Selain daripada menggunakan arahan suara, lain-lain kawalan adalah 100% melalui aplikasi HP Smart App.

Pencetak ini menggunakan rangkaian dwi-band WiFi untuk sambungan yang lebih stabil, dakwat HP 804 yang boleh mencetak kandungan berwarna sekitar 110 helai dan HP Tango X ini dijual pada harga hanya RM799. Menurut HP ia akan dijual bermula bulan Disember ini.


TIPS & ULASAN