Dato’ Noor Kamarul Anuar Dilantik Sebagai CEO Telekom Malaysia Terbaru

Dato’ Noor Kamarul Anuar Dilantik Sebagai CEO Telekom Malaysia Terbaru

Diterbitkan pada June 13, 2019 oleh .

Pergolakan jawatan CEO syarikat Telekom Malaysia (TM) nampaknya sudahpun berakhir. Beberapa hari lalu, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed mengumumkan bahawa TM sudahpun melantik Ketua Pegawai Eksekutif baru, dan jawatan tersebut tidak akan disandang oleh CEO sementara Imri Mokhtar.

Hari ini, nampaknya TM telahpun membuat pengumuman mengenai identiti CEO terbaru mereka, dan beliau ialah Dato’ Noor Kamarul Anuar, yang merupakan bekas ketua teknologi di Celcom pada tahun 2003, dan mempunyai pengalaman sebanyak tiga dekad didalam industri telekomunikasi tempatan.

Dato’ Noor Kamarul Anuar juga akan menyandang jawatan-jawatan Pengarah Urusan dan Pengarah Eksekutif TM berkuat kuasa hari ini. Dalam pada itu, Imri Mokhtar juga dilaporkan bahawa beliau akan menyandang semula jawatannya sebagai ketua pegawai operasi (COO) di TM.


TIPS & ULASAN