Cari @ Amanz

Samsung sebelum ini telah memperkenalkan Samsung Galaxy Tab A 8″ (2019) dengan S-Pen, dan sedia didapati di Malaysia pada harga RM1099. Namun Samsung dilihat ingin menawarkan variasi yang lebih berpatutan kepada pengguna, menerusi pengenalan model Samsung Galaxy Tab A 8″ (2019) tanpa S-Pen.

Samsung Galaxy Tab A 8″ (2019) tanpa S-Pen telah menerima pengesahan daripada Bluetooth SIG, yang mana memperlihatkan sejumlah spesifikasi. Ia dijangka hadir dengan Bluetooth 4.2, selain menawarkan variasi WiFi dan LTE.

Pada halaman Android Enterprise Solutions Directory, ia disenaraikan akan membawakan cip Snapdragon 429, memori 2GB RAM, dan storan dalaman 32GB. Pada versi LTE, ia membolehkan pengguna membuat panggilan tab terus padanya seperti versi dengan S-Pen. Untuk sistem operasinya, ia bakal dijana dengan Samsung UI berasakan Android 9.0 Pie.

Samsung Galaxy Tab A 8″ (2019) tanpa S-Pen masih tidak diumumkan dari segi tarikh dan harga jualannya, namun dijangka akan menjadi tablet alternatif pada harga yang lebih berpatutan. Sekiranya ia memasuki pasaran tempatan, ia mungkin akan ditawarkan pada harga di bawah RM1000, selepas melihat versi S-Pen peranti ini dijual pada harga RM1099.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd