Kemaskini Spotify Terbaru Memudahkan Pengguna Mengakses Kandungan Muzik & Podcast

Kemaskini Spotify Terbaru Memudahkan Pengguna Mengakses Kandungan Muzik & Podcast

Diterbitkan pada June 13, 2019 oleh .

Spotify sedia menawarkan beberapa podcast di dalam perkhidmatan mereka, namun kandungannya kelihatan bercampur apabila ia dimasukkan ke dalam library pengguna. Untuk memudahkan pengguna mengakses kandungan muzik dan podcast, Spotify telah mengasingkan kedua-dua jenis kandungan ini pada versi mudah-alih.

Apabila pengguna mengakses library pada kemaskini Spotify terbaru ini, ia akan memaparkan tab “Music” dan “Podcast” pada bahagian atas halaman ini. Apabila pengguna menekan tab “Podcast”, ia akan memaparkan episod podcast yang dilanggan, selain membolehkan pengguna mengakses podcast yang sudah dimuat-turun.

Melalui pengenalan fungsi ini, pengguna dapat melihat fungsi podcast dengan lebih jelas, dan dijangka dapat meningkatkan penggunaan media jenis ini. Kandungan podcast juga tidak lagi bercampur dengan senarai lagu pengguna, sekaligus memudahkan pengguna mengakses jenis kandungan yang diinginkan dengan mudah.

Pengasingan muzik dan podcast ini telah mula ditawarkan secara berperingkat kepada pengguna iOS dan Android bermula hari ini. Fungsi ini walau bagaimanapun tidak ditawarkan pada pelan percuma dan hanya dihadkan untuk pelanggan Spofity Premium.


TIPS & ULASAN