Cari @ Amanz

Tetikus dengan tahap kepekaan tinggi yang boleh dilaras diperlukan untuk permainan video. Kepekaan yang tinggi berguna ketika di dalam permainan menambak pandang pertama dan kemudian dikurangkan ketika menggunakan senjata seperti senapang penembak hendap. Corsair telah melancarkan dua tetikus baharu dengan tahap kepekaan mencecah 18,000 DPI.

Corsair Nightsword RGB ialah tetikus pertama yang mempunyai kepekaan boleh laras 100-18000 DPI, mengesan pergerakan sehingga 400 IPS dan mengesan pecutan sehingga 50G. Ia walau bagaimanapun hanya menyokong pengguna tangan kanan. Seperti kebanyakan tetikus untuk permainan video, Nightsword RGB mempunyai sistem pemberat yang boleh dilaras mengikut keselesaan pengguna. Pada masa yang sama ia dilengkapi sistem lampu dan menyimpan tiga profil tetapan pengguna secara terbina.

Corsair M55 RGB Pro pula mempunyai tahak kepekaan boleh laras 200-12400 DPI, mengesan pergerakan sehingga 220 IPS dan mengesan pecutan sehingga 30G. Tetikus ini turut boleh digunakan oleh mereka yang bertangan kidal. Sistem lampu disertakan begitu juga simpanan satu profil pemain secara terbina.

Kedua-duanya dilengkapi suis tetikus keluaran Omron yang diuji sehingga 50 juta kali. Corsair Nightsword RGB dijual pada harga $80 (~RM 333) sebuah manakala Corsair M55 RGB Pro  dijual pada harga $40 (~RM 167).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd