Cari @ Amanz

OnePlus 7 Pro adalah peranti mercu OnePlus yang paling mahal dan berkuasa. Kali ini OnePlus bukan sahaja memfokuskan kepada prestasi, tetapi turut memfokuskan kepada skrin dan paparan. Sejak dari OnePlus One, OnePlus menggunakan skrin berresolusi FHD sehingga FHD+ – kini pada OnePlus 7 Pro resolusinya telah dinaiktaraf kepada QHD+. Panel yang OnePlus gunakan adalah Fluid AMOLED yang turut mempunyai kadar segar semula 90Hz.

Terdapat dua pilihan kadar segar semula pada peranti ini, iaitu 60Hz yang klasik atau juga 90Hz yang lebih lancar dan pantas. Menurut OnePlus, hanya resolusi sahaja yang menyokong tetapan boleh laras automatik yang bertukar-tukar antara FHD+ ke QHD+. Kadar segar semula 60Hz atau 90Hz tidak mempunyai tetapan ini dan ia akan mengunci tetapan yang dipilih pengguna.

Tetapi sebenarnya tidak, apabila pengguna menetapkan kepada 90Hz – ia sebenarnya turut mempunyai tetapan boleh laras automatik yang tersembunyi. Kerana apabila video dimainkan, aplikasi kamera terbuka dan membuat panggilan telefon – ia akan secara automatik akan mengubah kepada 60Hz.

Dalam artikel ini, saya akan ajarkan anda bagaimana untuk sentiasa tetapkan OnePlus 7 Pro anda kepada 90Hz. Ya, anda akan merasai pengalaman skrin 90Hz sebenar.

  1. Aktifkan Developer Mode pada peranti anda dengan menekan About Phone selama 7 kali.
  2. Aktifkan pula USB Debugging
  3. Pastikan anda mempunyai pemacu ADB terpasang dan aplikasi CMD telah dipindahkan dalam fail ADB tadi.
  4. Buka CMD dan berikan arahan ‘adb devices’. Semak peranti anda dan benarkan akses.
  5. Salin kod di di bawah ini dan tampal dalam CMD tadi dan tekan Enter.

adb shell settings put global oneplus_screen_refresh_rate 0

Dalam tetapan paparan dalam peranti anda, anda akan lihat yang tetapan kadar segar 90Hz atau 60Hz tidak akan terpilih. Ini kerana tetapan 90Hz sebenar adalah tersembunyi. Jadi sekarang, anda boleh menikmati OnePlus 7 Pro dengan skrin kadar segar semula 90Hz sebenar. Jika anda ingin menjimatkan bateri anda, pilih sahaja semula 60Hz atau 90Hz dalam tetapan tadi.

Untuk memastikan tetapan ini berjaya, anda boleh layari UFO Test melalui Chrome untuk semak kadar segar semula skrin anda.

Tutorial ini dirujuk dari XDA, yang mana pembangun terkenal C3C076 telah menemui tetapan tersembunyi ini apabila sedang membangunkan modul GravityBox Xposed Module untuk menambah akses pintas tetapan pada talam notifikasi.

  • Amaran
  • Bateri OnePlus 7 Pro Hanya Akan Bertahan Sekitar 3-4 Jam SOT Dengan Tetapan Ini
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd