Huawei Nova 5 Dijangka Membawakan Cip Kirin 810 & Keupayaan 4 Kamera

Huawei Nova 5 Dijangka Membawakan Cip Kirin 810 & Keupayaan 4 Kamera

Diterbitkan pada June 14, 2019 oleh .

Huawei Nova 5 bakal dilancarkan dalam beberapa minggu lagi, dan nampaknya beberapa maklumat telah pun tertiris pada saat ini. Apa yang menarik lagi, gambar peranti ini juga turut tertiris, bagi memudahkan pengguna mendapatkan gambaran rekaan peranti ini.

Menurut pengguna Twitter @RODENT950, Huawei Nova 5 bakal dikuasakan dengan cip Kirin serba baru iaitu Kirin 810. Ia merupakan cip penambahbaikan berbanding Kirin 710, dan dijangka akan membawa kelajuan seumpama Snapdragon 730.

Dengan penggunaan cip baru ini, ia akan menjadi cip utama yang akan menjana peranti kelas pertengahan Huawei pada akan datang. Selalunya, Huawei akan menggunakan sesebuah cip ini dalam beberapa pembangunan peranti yang akan dilancarkan untuk dalam tempoh setahun akan datang.

Selain daripada Huawei Nova 5, beliau juga turut berkongsi mengenai cip pemprosesan yang akan digunakan pada variasi Nova 5 yang lain. Huawei nova 5i bakal dijana dengan cip terdahulu Kirin 710, sementara Huawei Nova 5 Pro akan dilancarkan dengan cip berkuasa Kirin 980.

Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, gambar peranti Huawei Nova 5 juga telah tertiris dengan memperlihatkan rekaan belakangnya. Ia bakal menyertakan 4 kamera, yang mana ia turut disusun seumpama peranti Honor 20.

Selain daripada kamera, ia juga tidak mempunyai sebarang pengimbas cap jari, jadi ia mungkin akan menggunakan pengimbas di bahagian sisi atau di dalam skrin.

Huawei dijangka akan melancarkan Huawei Nova 5 pada minggu hadapan iaitu pada 21 Jun 2019. Mereka juga dijangka akan melancarkan tablet baru yang dipercayai Huawei MediaPad M6 dengan cip Kirin 970.


TIPS & ULASAN