Cari @ Amanz

HTC pada minggu ini telah melancarkan HTC U19e dan Desire 19+ selepas beberapa bulan tiada sebarang pengumuman. Namun mereka dijangka akan melancarkan beberapa peranti lagi dengan penjenamaan ‘Wildfire’.

Ia dilaporkan oleh laman web Mobil Telefon, yang mana mereka memperlihatkan dokumen pengawalseliaan dengan penjenamaan ‘Wildfire’ pada 10 peranti berbeza. Peranti-peranti tersebut bakal membawa nama model Wildfire E, Wildfire E Plus, Wildfire E1, Wildfire E1 Plus, Wildfire E2, Wildfire E2 Plus, Wildfire E3, Wildfire E3 Plus, Wildfire R, dan Wildfire R Plus.

Pada tahun 2010 dan 2011, HTC pernah menggunakan penjenamaan Wildfire ini pada model HTC Wildfire dan HTC Wildfire S. Ia merupakan model peranti berpatutan dan dijangka akan membawa penawaran segmen yang serupa untuk model 2019.

Walau bagaimanapun, ia tidak disahkan lagi sama ada HTC bakal menggunakan penjenamaan ‘Wildfire’ ini pada model akan datang. Namun dengan ura-ura ini, HTC mungkin akan memfokuskan kepada penawaran peranti mampu-milik untuk mengembalikan reputasi jenama mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd