Cari @ Amanz

Kandungan yang baik akan menarik lebih banyak pengguna. Astro hari ini mengumumkan kerjasama dengan iQIYI untuk menawarkan kandungan dari perkhidmatan video atas talian dari China ini. Kandungan dari iQIYI akan ditawarkan oleh Astro pada perkhidmatan TV, VOD dan penstriman mereka.

Antara kandungan eksklusif yang bakal ditawarkan adalah Story of Yanxi Palace, The Golden Eyes, The Legend of White Snake, Tang Dynasty Tour, The Rap of China, dan Qing Chun You Ni. Pelbagai lagi kandungan asli dari iQIYI juga bakal ditawarkan kepada pengguna Astro di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd