Carian
Universiti Di Indonesia Membuka Peluang Kemasukkan Khas Khusus Untuk Pemilik Saluran YouTube
June 17, 2019 Fahim Zahar

Tidak dinafikan, zaman sekarang semakin ramai ingin menjadi pemangkin media sosial (influencer) sehinggakan anak-anak muda terus mengalah mencari kerja dan mengharapkan ‘bekerja’ sebagai pemangkin media sosial ini boleh sara hidup mereka selamanya. Antara ‘pekerjaan’ pemangkin media sosial adalah menjadi; YouTuber, Tweetfamous, Blogger dan lain-lain.

Disebabkan ini, satu program kemasukan khas telah diadakan oleh National Development University Veteran Jakarta (UPNVJ). Mereka yang mempunyai saluran YouTube dengan 10,000 pengikut dan kandungan video yang telah ditonton lebih 10,000, layak masuk ke UPNVJ. Mereka yang terpilih pula akan diuji dengan membuat satu video YouTube berdurasi 5 minit. Kursus yang boleh didaftar adalah ekonomi, sosial dan sains politik, perundangan dan kejuruteraan dan pengkomputeran.

Menurut sumber, antara sebab kelayakan sebegini dibenarkan adalah kerana – kemasukan universiti di Indonesia sangat sukar. Indonesia juga merupakan negara keempat dengan populasi terbanyak. Mereka memilih YouTube sebagai asas untuk layak masuk adalah kerana, YouTube boleh menyampaikan mesej positif.

Komen